Badan cergas, otak cerdas

Friday 14 October 2011

Badan cergas,Otak cerdas

        Menjaga kesihatan diri amat penting kerana fizikal yang cergas akan menghasilkan otak yang cerdas.Bagi menjaga kesihatan dan tahap kecergasan diri, individu perlu kerap bersenam dan mengamalkan pemakanan yang seimbang.
        Bagi mengekalkan tahap kecergasan yang minimum, kita perlu bersenam 30 minit sehari, tiga kali seminggu, pada intensiti sederhana.Aktiviti yang dilakukan perlu tertumpu kepada membina daya tahan kardiovaskular, daya tahan dan kekuatan otot, ketangkasan dan fleksibiliti.Komponen-komponen ini boleh membantu kita mencapai tahap kecergasan secara menyeluruh.
        Bagi mengekalkan tahap kecergasan, kita digalakkan untuk bergiat dalam pelbagai jenis sukan lasak.Sebagai contoh, sukan lasak yang menjadi kegemaran remaja sekarang adalah seperti in-line skating ,basikal kembara, papan luncur dan berkayak.Aktiviti ini memerlukan tahap kecergasan yang tinggi.

No comments:

Post a Comment