Badan cergas, otak cerdas

Friday 21 October 2011

Fungsi Vitamin

Vitamin juga dikenali sebagi mikronutrien kerana badan kita memerlukan bahan ini dalam kuantiti yang kecil.
Vitamin adalah bahan kimia yang diperlukan bagi mengawal metabolisme badan serta mencegah penyakit.Badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin kecuali vitamin D.Cara terbaik untuk mendapatkan sumber vitamin adalah melalui bahan makanan segar daripada sumber haiwan, sayuran dan buah-buahan.
Terdapat dua jenis vitamin iaitu vitamin larut lemak dan vitamin larut air.
Vitamin larut lemak terdiri daripada vitamin A,D,E dan K.Vitamin ini tidak larut di dalam air.Vitamin larut lemak tidak boleh dihadamkan secara terus.

a)Vitamin A(Kitaran penglihatan,Pembesaran,Membaiki tisu badan)
b Vitamin D(Metabolisme kalsium dan fosfat)
c)Vitamin E(Antioksidan)
d)Vitamin K(Biosintesis protrombin)

Vitamin larut air ialah vitamin C(B kompleks seperti B1(tiamina),B2(riboflavin),B3(niasin atau asid nikotinik),B6(piridoksina) dan B12(kobalamin),asid folik,asid pantotenik,biotin dan kolina.
Vitamin larut air tidak boleh disimpan dalam badan tetapi diperlukan dalam diet setiap hari.Vitamin larut air dihadamkan terus ke dalam salur darah.Vitamin larut air jika diambil secara berlebihan tidak akan menjadi toksik di dalam badan kerana vitamin yang berlebihan akan dikumuhkan.

a)B1(Tiamina)(Membantu menjana tenaga)
b)B2(Riboflavin)(Membantu metabolisme karbohidrat,lemak dan protein)
c)B3(Niasin)(Mengurangkan tahap kolesterol dalam darah)
d)B6(Piridoksina)(Membantu sintesis dan penguraian asid amino)
e)B12(Kobalamin)(Membantu pembentukan sel darah merah)
f)Vitamin C(Asid Askorbik)(Membantu pembentukan tulang,gigi dan gusi yang sihat)
g)Asid Folik(Membantu sintesis DNA dan RNA)
h)Asid Pantotenik(Membantu menjana tenaga daripada karbohidrat,lemak dan protein)
i)Biontink(Membantu menguraikan asid lemak dan asid amino)
k)Kolina(Mengawal kadar ;emak dan kolestrol dalam badan)

No comments:

Post a Comment