Badan cergas, otak cerdas

Thursday 15 December 2011

Kepentingan Pendidikan Jasmani

1. Membantu meningkatkan kuasa fizikal di dalam individu dengan cara
    melatih sistem organ mereka.
   - sistem organ seperti pencernaan, pernafasan, pengangkutan, perkumuhan
     dan pengawal aturan.
   - membantu menguatkan otot-otot besar.
2. Menghasilkan sistem badan yang berfungsi dengan baik dan berkesan
    dan sekaligus membolehkan individu menjalankan tugas harian dengan
    baik dan dalam keadaan yang sihat.
3. Meningkatkan kemahiran neuromuscular dan membekalkan individu
    dengan kebolehan melakukan sesuatu dengan kadar kecekapan yang tinggi.
4. Meningkatkan kemahiran koordinasi mata dan tangan.
5. Dapat menajamkan kemahiran individu dalam sesuatu bidang yang diminatinya.
6. Melahirkan individu yang sihat dari segi luaran dan dalaman.
7. Menggalakkan perkembangan otot kerana senaman mampu
     mengurangkan stress seseorang.

No comments:

Post a Comment